VIDEO: WebTV Perkenal Pendidikan Seks Pertama Di Malaysia

Kuala Lumpur – Sebuah portal webTV cuba memperkenalkan gaya pembelajaran pendidikan seks pertama di Malaysia yang didakwa mahu mendidik remaja Malaysia.

 

Dalam episod pertamanya berdurasi 3:21 yang dimuat naik dalam rancangan dinamakan “Popek popek: Apa itu dara” pendidik kesihatan seksual, June Low akan menjawab segala pertanyaan tentang seksual.

 

 

Dalam rancangan tersebut, seorang pemanggil perempuan bertanyakan berkenaan dara dan penggunaan tampon.

 

Low yang turut ditemani seorang artis persembahan Sudarshan dalam episod tersebut memberi penjelasan dengan jelas dan terperinci.

 

Dalam video tersebut Sudarshan turut dilihat membantu untuk melakukan demonstrasi bagi menjelaskan persoalan tersebut.

 

Di akhir video tersebut, Low menjelaskan penggunaan tampon tidak akan membuatkan dara seseorang wanita itu terkoyak, tetapi ia hanya menarik sedikit permukaan selaput dara.

 

Low berpendapat soalan yang dianggap remeh berkaitan seks perlu diambil berat bagi penyediaan pendidikan seks yang bagus untuk negara.

 

Menurutnya, rancangan tersebut diadakan sebagai tindak balas terhadap kekurangan kualiti pendidikan seks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.