VIDEO: Emma Maembong Kata Zizan Razak GAY

Sebelum ini kecoh di laman sosial tentang kisah cinta antara pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dengan pelakon cantik, Emma Maembong dilaporkan telah putus di tengah jalan.

 

Paling menarik ekoran isu yang melanda pasangan ini, rakaman video yang dimuat naik dua tahun lalu turut menerima tempias sehingga viral di media sosial YouTube.

 

 

Zizan ketika diminta mengulas mengenai isu yang melanda hubungannya dengan Emma mendakwa hasratnya untuk membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi dikatakan menjadi punca percintaannya dengan Emma putus.

 

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

 

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya sebelum ini.

 

Namun Fatimah Rohani Ismail atau Emma Maembong menafikan ia sebagai punca percintaan mereka putus.

 

Melalui akaun Twitternya sebelum ini, Emma menafikannya dengan berkata: “Pasal kereta? Saya tidak sebodoh itu la. Kenapa tidak berani cerita perkara sebenarnya?

 

Twit Emma itu dianggap agak kebudak-budakan bagi pengguna laman sosial yang berpendapat permasalahan antara mereka tidak perlu diberitahu dalam media sosial malah perlu diselesaikan antara mereka sahaja.

 

Emma yang ditemubual media tempatan berkata keputusan untuk meninggalkan Zizan kerana sudah tidak tahan dengan sikap pelawak itu.

 

“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lalui.

 

“Jika asyik berendam air mata saja, buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” katanya.

 

Terbaru Zizan memuatnaik status dan gambarnya bersama pelakon Emma Maembong yang memberikan gambaran bahawa hubungan cinta mereka kembali terjalin.

 

“Alhamdulillah..terima kasih ALLAH..terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua..i love u sayang ‪#‎loveu‬ ‪#‎missu‬,” kata Zizan di laman sosial Instagram, semalam.

 

Sejak kebelakangan ini, kisah cinta pasangan ini menjadi tumpuan kerana sesetengah pihak beranggapan mereka adalah pasangan ‘sweet’ dan mengharapakan hubungan keduanya berakhir ke jinjang pelamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.