Tun Abdul Rahman Ya’kub Meninggal Dunia

Kuching – Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub, 87, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah di sini sejak beberapa minggu lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam ini.

 

Bekas Setiausaha Sulitnya, Datuk Khir Busrah berkata, tokoh politik veteran itu difahamkan meninggal dunia akibat sakit tua.

 

Abdul Rahman yang dilahirkan pada 3 Januari 1928, telah dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Datuk Tawi Sli pada 7 Julai 1970.

 

Kemudian pada 26 Mac 1981 Allahyarham meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada anak saudaranya, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri Sarawak).

 

Beliau kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Ketiga pada 2 April 1981 dan memegang jawatan itu bagi tempoh empat tahun.

 

Pada peringkat Persekutuan, beliau pernah menganggotai Kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960. – Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.