Suami Umie Aida Muflis, Rumah RM2.1 Juta Bakal Dilelong

Kuala Lumpur – Suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini diistiharkan muflis.

 

Menurut blog portal RotiKaya dokumen mahkamah menunjukkan, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah mengisytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu.

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut dikatakan telah mengeluarkan arahan serupa pada hari yang sama.

 

Khairuddin yang diminta mnegulas mengenai perkara itu berkata pihaknya mengetahui mengenai pengisytiharan tersebut namun enggan untuk mengulas lanjut kerana sedang bekerjasama dengan peguam.

 

Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

 

Beliau bagaimanapun berkata tidak mengetahui mengenai lelongan itu.

 

Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

 

Beliau juga dalam satu temubual bersama sebuah portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja sebaliknya hanya ‘tidur’.

 

Hilmie yang menolak dakwaan itu berkata, Khairuddin cuba bertindak sebagai pemimpin hebat sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.

 

Khairuddin pada Ahad mendakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang menuduhnya membuat laporan palsu terhadap 1MDB.

 

Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti laporan berita tentang kenyataan Hilme terhadapnya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman Hilme.

 

“Mengatakan yang saya buat laporan palsu adalah kenyataan menghasut. Adakah dia lihat laporan polis yang saya buat, maklumat yang saya beri kepada polis Bukit Aman?

 

“Adakah dia ada dokumen 1MDB yang boleh menentang kenyataan yang dibuat ramai pihak lain terhadap syarikat itu?

 

“Siapa dia untuk mempersoalkan laporan polis saya sedangkan polis sendiri belum menyelesaikan siasatan mereka?” katanya di Bukit Mertajam.

 

Khairuddin mengulas tentang laporan polis terhadapnya pada Jumaat oleh Hilme yang mendakwanya membuat laporan polis palsu. Beliau juga menuduh Khairuddin merosakkan imej 1MDB, bahagian Umno Batu Kawan serta Umno Pulau Pinang.

 

Sebelum laporan terhadap Khairuddin difailkan, sekumpulan 80 orang daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi aman di luar ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.