QZ8501 : Mayat Ditemui Di Dasar Laut Sedalam 34 Meter

Jakarta – Satu lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui di dasar laut berdekatan serpihan yang pada mulanya didakwa bahagian hadapan pesawat itu pada kedalaman 34 meter di Selat Karimata.

 

Penyelam menemui mayat kedua itu bersama satu lagi mayat yang ditemui sebelum itu bersama serpihan pesawat.

 

Kedua-dua mayat itu masih memakai tali pinggang keselamatan dan duduk di deretan kerusi yang sama.

 

Selepas mayat berkenaan berjaya dibawa ke atas, penyelam memasukkan dua mayat yang masih berpakaian lengkap itu ke dalam beg

mayat.

Menurut Ketua Pasukan Peninjau Muhammad Aga yang berada di Kapal Geo Survei, penyelaman bermula pada 8.40 pagi dan kembali naikke permukaan pada 9.15 pagi.

 

“Mayat wanita itu memakai blaus belang hitam putih dan seluar panjang hitam manakala mayat lelaki pula memakai jaket hijau dan seluar panjang hitam selain membawa pengendong bayi,” katanya. – detik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.