Pihak Berkuasa Dan Kerajaan Diseru Beri Perlindungan Kepada Wartawan Dan Petugas Media

Singapura – Susulan serangan lelaki bersenjata terhadap pejabat majalah satira Perancis Charlie Hebdo di Paris, yang meragut 12 nyawa pada Rabu, Persatuan Kelab Akhbar Asia Pasifik menyeru kerajaan dan pihak berkuasa di seluruh dunia memberi perlindungan sewajarnya kepada wartawan dan petugas media ketika menjalankan tugas masing-masing.

Persatuan itu juga meminta Kerajaan Perancis mengheret pembunuh terbabit ke muka pengadilan serta menggesa pemimpin agama menganjurkan sikap menghormati kebebasan akhbar dan bertolak ansur dengan pendapat orang lain dalam kalangan pengikut mereka.

Sambil menyuarakan perasaan terkejut dengan serangan pengganas itu, persatuan tersebut berkata pembunuh terbabit dan ideologi pelampau mereka menjadi ancaman kepada kebebasan akhbar di serata dunia.

Katanya, kebebasan akhbar sangat penting dalam masyarakat bebas dan bertamadun.

Antara yang maut dalam serangan itu ialah editor majalah berkenaan, empat kartnis terkenal dan dua pegawai polis. – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.