Pegawai India Dipecat Kerana Bercuti Selama 24 Tahun

Seorang pegawai awam India telah dipecat kerana mengambil cuti 24 tahun yang lalu dan tidak pernah kembali ke tempat kerjanya, kata kementerian pembangunan bandar, lapor AFP.

 

Penolong jurutera, AK Verma pergi bercuti pada tahun 1990 selepas menyertai, Jabatan Kerja Raya pusat India (CPWD) sedekad yang lalu.

 

Encik Verma melanggar perintah pegawai atasan untuk kembali bekerja selepas permintaan bagi kebenaran tambahan dinafikan, tetapi ia mengambil masa sehingga 2007 untuk pemecatan secara rasmi terhadapnya, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

 

Menteri Pembangunan Bandar M. Venkaiah Naidu mengarahkan pemecatan beliau untuk “menyelaraskan fungsi CPWD dan untuk memastikan akauntabiliti,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.