Najib Ucap Penghargaan Kepada Sukarelawan

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan termasuk sukarelawan universiti yang sanggup turun padang bagi membantu mangsa banjir.

 

Beliau berkata, bantuan yang dihulurkan tanpa mengira masa dan tenaga itu dapat membantu mangsa banjir menguruskan kehidupan dengan kadar segera.

 

“Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan penghargaan terima kasih. Saya yakin dan percaya bantuan ini sentiasa dihargai oleh mangsa banjir,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran Program Khas Haji Perdana Menteri bagi tahun 2015/1436H kepada Imam II, Surau Al Manar, Presint 14, Muhammad Qutub Amran.

 

Muhammad Qutub merupakan penerima sulung bagi tawaran itu untuk tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.