Muncung Pesawat QZ8501 Ditemui

Jakarta – Kapal Geo Survei yang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia menemui satu objek besar dipercayai muncung pesawat.

 

Detik.com melaporkan objek berukuran 2x2x1.5 meter itu dijumpai di perairan Selat Karimata, beberapa ratus meter daripada lokasi ekor pesawat QZ8501 dijumpai pada Rabu lalu lalu.

 

Ketua Pasukan Survei, Muhammad Aga berkata, objek ditemui dalam posisi menjunam di dasar laut dengan kedalaman sekitar 30 meter.

 

“Objek berkenaan ditemui jam 4.30 pagi waktu tempatan namun tidak dapat disahkan sama ada ia adalah muncung pesawat QZ8501 atau sebaliknya.

 

Terdahulu, kapal MGS Geo Survey menemui bahagian ekor pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia di Laut Jawa, iaitu bahagian menempatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan.

 

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo pada sidang medianya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.