Mayat Lelaki Terburai Isi Perut Ditemui Di Cheras

Cheras – Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tetakan sehingga terburai isi perutnya di Tanah Perkuburan Kristian, di Jalan Kuari, pagi tadi.

 

Mayat lelaki yang dipercayai berusia 25 tahun itu, ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang ramai kira-kira jam 11.30 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan di leher, dagu, tangan dan badan, dipercayai ditikam dengan senjata tajam.

 

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa dipercayai mati lebih daripada dua hari.

 

“Mangsa ditemui lengkap berpakaian baju T kelabu dan jaket hitam, serta berseluar jean putih,” katanya.

 

Beliau berkata, polis turut menemui beg galas berwarna hitam pada mangsa.

 

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.