Lebih Mudah Berselfie Dengan Samsung Galaxy A

Berselfie atau mengabadikan gambar potret diri sendiri sudahpun menjadi sebahagian daripada trend masa kini.

 

Rasanya kurang lengkap, kalau tidak berselfie apatah lagi dengan adanya gajet telefon pintar terbaharu daripada Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (SME) yang melancarkan dua model telefon baharunya iaitu Samsung Galaxy A3 dan A5.

 

Kedua-dua model itu bakal memudahkan pengguna ‘kaki selfie’ merakamkan detik tanpa had dengan rekaan bingkai logam yang kukuh, kamera hadapan 5 megapiksel dengan sokongan ‘wide selfie’ yang disasar khusus buat golongan remaja manakala ruang penyimpanan data 16 gigabait (GB) dan ia dijana dengan cip pemprosesan 1.2GHz empat teras Snapdragon 410.

 

Samsung Galaxy A5 didatangkan dengan saiz skrin 12.7 sentimeter 720HD Super AMOLED, sokongan memori RAM 2GB, bateri berkuasa 2300mAh dan kamera belakang 13 megapiksel.

 

Sementara itu, Samsung Galaxy A3 pula dilengkapi saiz skrin 11.4 sentimeter qHD Super AMOLED, memori RAM 1GB, bateri berkapasiti 1900mAh dan kamera belakang 8 megapiksel.

 

Istimewanya, model itu mampu membuatkan pengguna berasa lebih seronok dengan tiga mode selfienya iaitu Palm Selfie, Voice Selfie dan Rear Cam Selfie dengan resolusi gambar yang lebih jelas.

 

Harga runcit Samsung Galaxy A5, RM1199 dan Galaxy A3 pula berharga RM899 dengan pilihan warna emas, hitam, perak dan putih. – TheRakyatPost

———————————————–

Spesifikasi Samsung Galaxy A3:

Pemproses: 1.2GHz Quad-Core Processor.

Sistem Operasi: Android™ 4.4 Kit Kat.

Paparan: 4.5 qHD Super Amoled.

Memori: RAM 2GB + 16GB memori dalaman + kad mikro SD (sehingga 64GB).

Kamera: Belakang 8 megapiksel bersama lampu denyar LED, depan 5 megapiksel.

Dimensi: 130.1 x 65.5 x 6.9 mm.

Berat: 110.3 gram (g).

Bateri: 1,900 mAh.

Harga:  RM899.

———————–

Spesifikasi Samsung Galaxy A5:

Pemproses: 1.2GHz Quad-Core Processor.

Sistem Operasi: Android™ 4.4 Kit Kat.

Paparan: 5.0 HD Super Amoled.

Memori: RAM 2GB + 16GB memori dalaman + kad mikro SD (sehingga 64GB).

Kamera: Belakang 13 megapiksel bersama lampu denyar LED, depan 5 megapiksel.

Dimensi: 139.3 x 69.7 x 6.7 mm.

Berat: 123 gram (g).

Bateri: 2,300 mAh.

Harga:  RM1199.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.