Kedai Di Bandar Baru Bangi, Jual Barangan Militan ISIS

Bangi – Tanpa mempedulikan ancaman mahupun tindakan pihak berkuasa, sebuah kedai di Bandar Baru Bangi, Selangor menjalankan perniagaan menjual barangan militan.

 

“Saya lakukannya kerana Allah dan oleh sebab saya lakukan untuk-Nya, saya tak perlu takut,” kata peniaga itu kepada akhbar berbahasa Inggeris itu.

 

Dari luar, kedai berkenaan tidak mencurigakan namun memiliki barangan kontroversi yang dijual di dalamnya.

 

Dipenuhi dengan bendera konsep militan, topi dan baju, kedai itu menjual barangan yang memaparkan kumpulan militan terutamanya Negara Jajahan Islam Iraq dan Syria (Isis) dan Taliban.

 

Peniaga itu berkata kedainya dibuka sejak tiga bulan lalu dengan barang yang diimport dari Indonesia.

 

The Star melaporkan kedai itu dilihat seperti hab militan dan penyokong kumpulan itu akan mendapatkan barang Isis terbaru di sana.

 

Kemeja-T Isis dijual RM59 sementara pelekat berlogo Isis dan Taliban dijual dari RM5 hingga RM10 setiap satu.

 

Sesetengah kemeja-T tertulis “Mujahideen cyberspace” dan “We declare war against the Zionists” (Kami isytiharkan perang kepada Zionis).

 

“Permintaan tinggi untuk barangan itu dan perniagaan bertambah baik sejak kedai dibuka tiga bulan lalu,” kata peniaga itu dilaporkan sebagai berkata.

“Ramai bertanya sama ada kami bimbang menjalankan perniagaan itu selepas diberikan persepsi negatif.

 

“Namun saya diberi jaminan oleh abang saya yang perniagaan ini dijalankan dengan nama Allah dan tiada apa yang perlu ditakutkan,” katanya.

Peniaga itu mendakwa kedai itu merupakan perniagaan keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.