Jangan Ulangi Sikap ‘Ponteng’ Latihan – Beng Hai

Jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai berharap kesemua pemain tidak terbawa-bawa dan mengulangi sikap ‘ponteng’ latihan ketika beraksi pada saingan pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Singapura, bermula 17 hingga 27 Jan ini.

 

Katanya, para pemain sudah dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut merupakan peluang pasukan hoki negara untuk melayakkan diri ke saingan ketiga yang akan memberikan peluang cerah buat mereka ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

 

“Ini merupakan fasa pertandingan, saya yakin pemain akan beri komitmen 100 peratus untuk terus fokus kepada pertandingan. Mereka faham yang masa hadapan hoki negara bergantung kepada mereka untuk layak ke saingan pusingan ketiga.

 

“Kalau kita tewas, memang misi kita ke Rio 2016 akan tamat. Mereka perlu fokus kepada Sukan Asia di Indonesia, empat tahun lagi,” katanya.

 

Beng Hai berkata walaupun ramai yang mempertikaikan tahap kecergasan pemain hoki negara namun pemain yang dipilih ini adalah antara yang terbaik dan beliau akan memastikan pemain negara mantap dari segi taktikal. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.