Insiden Tembak-Menembak, Tebusan Di Timur Laut Paris

PARIS: Beberapa das tembakan dilepaskan dalam drama kejar mengejar di mana sekurang-kurangnya seorang telah dijadikan tebusan di timur laut Paris Jumaat.

 

Kejadian berlaku di lokasi sama di mana polis melakukan pemburuan terhadap dua bersaudara yang didakwa membunuh 12 individu dalam serangan pada Rabu di sebuah pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo.

 

Drama tebusan itu sedang berlangsung di sebuah lokasi perniagaan di Dammartin-en-Goële 48 jam selepas pemburuan besar-besaran dilakukan terhadap suspek.

 

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam drama tembak-menembak manakala jumlah sebenar tebusan belum dapat dipastikan.

 

Polis telah mengepung dua suspek berkenaan – Cherif Kouachi, 32, dan abangnya Said, 34 – di sebuah kedai percetakan kecil di Seine-et-Marne, kira-kira 12 kilometer dari lapangan terbang utama Paris, Charles De Gaulle.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.