Indonesia Letup Kapal Nelayan Malaysia

Jakarta – Polis Indonesia bertindak menenggelamkan sebuah kapal nelayan milik rakyat Malaysia kerana didapati menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan Pandan Islet, Sumatera Utara, semalam.

 

Laman web Jakarta Post melaporkan, kapal berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran PKFA 7738 diletupkan dengan menggunakan dinamit.

 

Ketua Polis Sumatera Utara, Inspektor Jeneral, Eko Hadi yang turut menyaksikan proses penenggelaman itu dijalankan berkata, tindakan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada mahkamah.

 

“Selepas mendapat kebenaran daripada ketua mahkamah daerah, kami menggunakan dinamit untuk meletup dan mengaramkan kapal berkenaan.

 

“Ini merupakan kali pertama polis wilayah tersebut menenggelamkan kapal asing yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan kawalan mereka,” jelas Eko.

 

Sebelum ini, pihak berkuasa Pulau Riau bertindak membakar beberapa buah kapal nelayan haram yang memasuki perairan Indonesia untuk menangkap ikan.

 

Tindakan tersebut diambil sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan aktiviti pencerobohan kawasan maritim selain bagi memajukan sektor perikanan Indonesia. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.