Ibu Pejabat, Balai Dan Pondok Polis Berisiko Banjir Akan Dipindahkan

Maran –  Semua ibu pejabat polis kontinjen (IPK), ibu pejabat polis daerah (IPD), balai polis dan pondok polis yang berisiko banjir akan dipindahkan ke lokasi baru.

 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakkan perkhidmatan pasukan keselamatan itu tergendala ketika bencana itu.

 

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira banjir yang melanda negara ketika ini.

 

“Kalau kita tengok apa yang berlaku di Kelantan.. IPD Kuala Krai sebagai contoh, bukan sahaja kenderaan kita rosak, keadaan balai juga mengalami kerosakan secara keseluruhannya.

 

“Apabila ini berlaku, ia akan menyukarkan anggota kita menjalankan tugas dengan berkesan, ” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika selepas melawat pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Chenor, dekat sini, sebentar tadi. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.