Dua Beradik Hilang Di Johor Sudah Ditemui

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan dua beradik berumur sembilan dan 11 tahun yang dilaporkan hilang malam kelmarin ditemui selamat bersama bapa kandung mereka kira-kira jam 11.30 malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kes orang hilang diberi keutamaan malah beliau sendiri mengetuai siasatan melalui pasukan khas yang ditubuhkan.

 

Sehubungan dengan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kes berkenaan sehingga mengganggu siasatan dijalankan pihak polis.

 

Terdahulu, ibu kanak-kanak berkenaan, Azriana Ahmad, 30, berkata, dua anaknya itu Mohd Zafri Iman, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, sembilan tahun hilang selepas meminta izin untuk membeli air minuman di kedai ketika dia sedang menjalankan kelas agama di Jalan Pinang 52, Taman Daya, di sini, kira-kira 9.30 malam, pada 7 Januari lalu. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.