Detik Cemas Penumpang Feri, Enjin Rosak Berasap Tebal

BUTTERWORTH 9 Jan. – Kira-kira 300 penumpang feri Pulau Pinang di sini pagi ini berdepan detik-detik cemas apabila asap tebal menyelubungi ruang atas feri terbabit ekoran kerosakan di bahagian enjin.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, feri Pulau Payar berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di sini menuju ke Pangkalan Raja Tun Uda di bahagian pulau.

 

Jurucakap Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) berkata, kejadian itu berlaku selepas 10 minit feri tersebut bergerak menyebabkan kapten terpaksa berpatah balik ke Butterworth. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.