Bunyi Ping Pesawat QZ8501 Dikesan

Pangkalan Bun – Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan isyarat ping pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu.

 

Agensi berita AFP melaporkan Pegawai Penyiasat Kanan Indonesia, SB Supriyadi sebagai berkata, sebuah kapal telah mengesan bunyi ping berkenaan.

 

“Anggota penyelam kini sedang berusaha untuk sampai ke lokasi berkenaan. Lokasi isyarat ping berkenaan dilaporkan berada berdekatan dengan ekor pesawat,” katanya.

 

Sementara itu, tiga mayat pesawat Air Asia QZ8501 telah dihantar oleh helikopter Seahawk milik Jepun ke Pangkalan Bun, Kalimantan pada pagi ini.

 

Detik.com melaporkan Ketua Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), Polri Kombes Hariyanto sebagai berkata, ketiga-tiga mayat berkenaan ialah lelaki dewasa.

 

“Kesemua mayat itu telah reput, hanya seluar panjang sahaja yang melekat pada ketiga-ketiga mayat berkenaan.

 

Tambahnya, semua mayat itu akan dibawa ke Surabaya untuk proses pengecaman.

 

Menurutnya, ketiga-tiga mayat itu dihantar ke Pangkalan Bun secara berasingan pada jam 8.15 dan 8.30 pagi waktu tempatan.

 

Buat masa ini, jumlah kesemua mayat yang dihantar ke Pangkalan Bun ialah 44 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.