Blogger Dihukum Penjara Kerana Hina Mahkamah

Kuala Lumpur – Blogger Amizudin Ahmat dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah bersabit dengan penerbitan artikel-artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

 

Ini kerana beliau gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.

 

Barisan panel lima hakim diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Amizudin, 44, selepas menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

 

Beliau berkata Amizudin tidak boleh mendapatkan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang ditimbulkannya tidak memenuhi keperluan minimum mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

 

Perayu dalam kes sivil mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang berupa mahkamah yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.