Pegawai Khas Menteri Direman Dakwaan Rasuah

PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap pegawai khas itu dan seorang ahli perniagaan manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini.

Mereka yang berusia antara 31 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.