KDN Kesan Penyelewengan Dalam Aplikasi Al-Quran

SHAH ALAM, 9 Jan — Masyarakat Islam di negara ini dinasihat berwaspada dalam memuat turun aplikasi berkaitan al-Quran melalui telefon pintar atau Internet kerana ada yang diseleweng dari segi kandungannya.

Setiausaha Bahagian di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata selain menerima aduan orang ramai, pihaknya sendiri mengesan kewujudan perkara itu yang dilihat sebagai cubaan menyesatkan umat Islam.

Penyelewengan yang dikesan meliputi penambahan ayat atau pengertian sehingga lari daripada yang asal, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Program Wakaf al-Quran dengan kerjasama Yayasan Restu, di sini hari ini.

“Kita akan berbincang lebih lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurut Hashimah, agak sukar bagi KDN memantau perkara itu memandangkan terdapat banyak perisian dan aplikasi al-Quran dalam Internet.

“Jika al-Quran yang dicetak pun boleh ada kesilapan cetakan, apatah lagi yang boleh dimuat turun atau berbentuk digital,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan memantau lebih serius perkembangan itu bagi mengelak masyarakat khususnya golongan muda daripada terpengaruh dengan penyelewengan tersebut.

Menurutnya, bermula bulan ini juga KDN menguatkuasakan penggunaan hologram bagi setiap al-Quran yang hendak dijual atau diedar kepada orang ramai.

Penggunaan hologram itu diharap dapat membantu masyarakat mendapatkan naskhah al-Quran yang sebenar dan bagi al-Quran yang sudah dicetak pula, orang ramai disaran membeli kitab suci yang mempunyai kelulusan KDN, katanya.

— BERNAMA

One thought on “KDN Kesan Penyelewengan Dalam Aplikasi Al-Quran

  • January 10, 2014 at 10:35 am
    Permalink

    Hari ini di Malaysia, kekesalan saja tidak memberi kesan kepada pengikut=pengikut DAP, PKR dan PAS. Malangnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam hanya menjadi alat DAP dan PKR dan menjualkan nama Islam untuk tujuan politik mereka semata-mata, tidak lebih daripada itu.

    Keberanian masyarakat Kristian mencabul kesucian nama “Allah” adalah disebabkan wujudnya di kalangan orang-orang Islam di Malaysia yang buta melihat agenda gereja ini di untuk memurtadkan orang-orang Islam di negara ini. Selain itu, pihak kerajaan juga takut-takut mengambil tindakan segera dan tegas untuk MENGHAPUSKAN (once and for all) segala unsur yang boleh menimbulkan ketegangan ini. Kepada mereka, bila Islam dan Melayu khususnya berundur, barulah mereka berpuas hati. Kita yakin, mereka akan terus menggunakan tekanan politik untuk melaksanakan sepenuhnya agenda mereka. Mungkin selepas itu penganut-penganut PAS akan sedar atas sikap “bodoh sombong” mereka yang mempercayai “sahabat-sahabat sementara” politik mereka.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.