Azizulhasni Menang Pingat Emas Acara Keirin Piala Dunia UCI Di New Zealand

KUALA LUMPUR — Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang telah menunaikan janji untuk bangkit semula apabila merangkul pingat emas acara keirin pada siri keempat Kejohanan Trek Piala Dunia UCI di Velodrom Avantidrome, Cambridge, New Zealand, semalam.

Pelumba berusia 31 tahun itu mencatatkan kepantasan masa 9.853 saat untuk mengalahkan pelumba Rusia, Alan Shane Perkins dan pelumba Australia, Matthew Glaetzer, yang masing-masing mendapat pingat perak dan gangsa, pada saingan akhir.

Azizulhasni, dengan nama julukan The Pocket Rocketman, membuka kempen dengan langkah kanan apabila menduduki tempat kedua di belakang Glaetzer pada saringan pertama sebelum memenangi saingan separuh akhir dengan masa 9.810s untuk melangkah ke final.

“Emas… khusus untuk anda MALAYSIA. Amat terhutang budi dengan peluang yang tidak berkesudahan dan sokongan padu yang diberikan.

“Jalur Gemilang kibar di New Zeland malam ini (waktu New Zealand), “kata pelumba itu dipetik sebagai berkata dalam laman Facebook miliknya.

Pada 30 Nov lalu, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat keenam pada siri ketiga di Hong Kong. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.