VIDEO: Tun M Tinjau Himpunan ICERD…. Selepas Sejam Tamat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas sejam berakhir petang tadi.

Rakaman video berdurasi seminit yang dimuat naik pengendali pengguna twitter, Firdaus Abdullah, Tun Dr Mahathir sedang memandu untuk melihat sendiri keadaan di ibu negara selepas perhimpunan anti-ICERD.

Video itu menunjukkan beliau memandu Proton, bahagian dalam yang sepadan dengan SUV Proton X70 baru dengan bunyi siren polis pengiring dapat didengari.

Menerusi video itu, Mahathir dilihat melakukan tinjauan di lokasi segi tiga emas iaitu sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan pusat beli belah Pavilion.

Tindakan Mahathir turut mendapat pelbagai reaksi netizen. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.