VIDEO: U-Turn Perkara Biasa Malaikat Pun Buat Silap, kata Perdana Menteri

PETALING JAYA – Adalah perkara normal apabila kerajaan Pakatan Harapan membuat pusingan U bersabit beberapa keputusan atau dasar yang telah dibuat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah Perdana Menteri itu menyamakan pemimpin Pakatan Harapan dengan malaikat yang didakwanya juga tidak lari daripada membuat kesilapan.

“Kadang-kadang kalau kita berada di jalan yang salah kita buatlah u-turn tetapi hanya jika perlu.

“Kita semua bukan manusia yang sempurna kebanyakan di antara kita (Pakatan Harapan) adalah malaikat, malaikat pun buat silap jadi bila malaikat buat silap akan buatlah pusingan U,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tun M berkata demikian ketika ditanya tentang persepsi terhadap Pakatan Harapan yang dilihat sering membuat pusingan U.

Lain-Lain Berita 

Video: Penjaga Pintu Syurga Halau Najib Masuk Ke Neraka, Kata Mahathir

Video: “Suami Larang Saya Bertudung” – Dr Siti Hasmah

Apa Salahnya Pegang Tangan Vladimir Putin dan Imran Khan? – Siti Hasmah

Beliau turut diminta mengulas mengenai tindakan bercanggah di antara Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung skim potongan gaji berjadual bagi pinjaman itu baru-baru ini.

Tun M sebaliknya mempertahankan Maszlee dan Wan Saiful yang tidak menjangkakan akan berlaku respon negatif terhadap keputusan berhubung potongan gaji mengikut peratusan jumlah gaji.

“ini ada kelemahan dia tak tahu apa nak jadi pada dia keluar jalan tiba-tiba kena kereta, maaflah tidak boleh jangka,” tambahnya.

Jelas beliau lagi, penangguhan skim PGB yang diumumkan semalam itu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap respon peminjam PTPTN seluruh negara.

“Banyak orang ada pandangan sebelum kita umum mereka tidak beritahu sebab itu bila kita umum ada banyaklah yang tak puas hati.

“Tapi untuk kita nak tanya 33 juta orang susah sikitlah jadi bila mereka bagi reaksi negatif kita pertimbangkanlah,” ujarnya.

Pada Rabu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan gaji bulanan kepada peminjam yang bergaji minima RM2,000 dan ke atas akan berkuatkuasa pada 1 Januari.

Potongan itu melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.

Kemudian Menteri Pendidikan Maszlee pula dengan hanya menerusi Twitter berkata pelaksanaan PGB itu ditangguhkan pada ketika ini selepas terdapat respon negatif di media sosial, selain Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan pandangan mereka. -SuaraTv

Lain-Lain Berita Menarik;-

Kawasan Sekitar Masjid Jamek Dipenuhi Peserta Himpunan Tolak ICERD

Hari Ini Jadi Saksi Umat Islam Bersatu Pertahan Hak – Peserta

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

4 thoughts on “VIDEO: U-Turn Perkara Biasa Malaikat Pun Buat Silap, kata Perdana Menteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.