Tular Surat Pekeliling ‘Rasis’ Tuduh Himpunan ICERD Ekstrem

SHAH ALAM – Satu surat pekeliling yang diedarkan kepada penduduk Residensi M Ampang kelmarin menjadi tular di laman Facebook hari ini selepas didapati menuduh Himpunan Ummah sebagai ekstrem.

Surat pekeliling yang dikeluarkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) residensi tersebut, bertujuan untuk memaklumkan pejabat tidak beroperasi pada 8 Disember (hari ini) disebabkan himpunan tersebut. 

Malah surat tersebut turut menyatakan bahawa himpunan bagi menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijangka dihadiri 50,000 hingga 500,000 orang daripada kumpulan Melayu ekstrem iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang telah memberi ancaman rusuhan pada 2 Disember lalu.

“Berkemungkinan akan berlaku perlanggaran undang-undang oleh peserta perhimpunan dan seramai 120 peguam telah bersiap sedia di kawasan tersebut,” tulis surat itu.

 

Surat tersebut kemudian mengundang kecaman hebat netizen kerana disifatkan berbaur tuduhan dan fitnah.

Pihak JMB itu kemudian menukar surat itu kepada versi baru, yang menulis permohonan maaf dan menyatakan pejabatnya tidak beroperasi pada hari ini.

“Kita hanya ingin memaklumkan pejabat ditutup dan memberi peringatan kepada penduduk mengambil langkah berjaga-jaga. Kami memohon maaf sekali lagi.

“Sekiranya terdapat pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di 03-26002222 atau bilik kawalan di 03-42662990,” tulisnya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.