Tiada Kereta Peronda Polis Diterbalikkan, Himpunan Bantah ICERD Berlangsung Aman

KUALA LUMPUR – Himpunan Daulat 812 #Tolak ICERD hari ini di ibu kota berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang insiden yang tak diingini.

Perkata tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur,. Datuk Seri Mazlan Lazim.

“Himpunan ini berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di media sosial menyaksikan ramai netizen memuji penganjur dan peserta himpunan tolak ICERD kerana berjaya menunjukkan teladan dan tingkah laku yang baik.

Mereka turut membandingkan ketertiban peserta di himpunan tolak ICERD ini dengan himpunan Bersih pro PH yang sebelum ini diselubungi keganasan pesertanya.

“Dulu tengok himpunan bersih.. ganas… Himpunan (tolak) icerd aman je.. sejuk je tgk semua warna putih.. mana entah kawan2 bersih dulu.. turun ke tak,” kata Muhammad Haizat menerusi status di laman Facebook.

Ayim B. Tiga turut berkongsi pendapat yang sama di laman Facebook peribadinya..

“Lautan putih di Himpunan Bantah ICERD- yang nyata tidak ada insiden pijak kereta polis ke, pijak gambar pemimpin ke…malah pokok-pokok bunga pun tak dipijak,” ujarnya.

Netizen yang mengunjungi Faceook Ayim turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Alhamdulillah..ni baru dikata himpunan bersih..terbaik,” komen Siti Rossa.

“Ini lah baru betul perhimpunan aman.bukannya mcm perhimpunan Bersih tu yg banyak merosakkan harta benda awam,” kata Foziyah pula.

Dalam beberapa siri himpunan Bersih sebelum ini, terdapat pelbagai aksi ganas dan biadap peserta termasuk tindakan menterbalikkan kereta peronda polis, menendang anggota polis, memijak gambar pemimpin negara serta lain-lain aksi yang telah mengundang kritikan ramai. – SuaraTV

Antara aksi ganas peserta himpunan jalanan Bersih yang mencetuskan kecaman ramai tidak lama dulu.

 

Lain-Lain Berita Menarik;-

U-Turn Perkara Biasa Malaikat Pun Buat Silap, kata Perdana Menteri

Peserta Himpunan Tolak ICERD Solat Zohor Berjemaah

Cetek Pengetahuan Sejarah & Perlembagaan, Punca Pemimpin PH Mahu Laksana ICERD – Dr Teo Kok Seong

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

Video: Demi Kepentingan Islam, Pakcik Ini Berbasikal Dari Perak Ke Himpunan Bantah ICERD Di KL

Siti Kassim Tewas, 8 Calon Anti ICERD Menang Jawatankuasa Majlis Peguam

ICERD Akan Merugikan Melayu dan Bumiputera – Bekas Ketua Hakim Negara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.