Peserta Himpunan Tolak ICERD Solat Zohor Berjemaah

KUALA LUMPUR – Para peserta #DaulatHimpunan812 #Tolak ICERD di depan pusat membeli belah Sogo, di Dataran Merdeka dan di sekitar Masjid Jamek menunaikan solat Zohor secara berjemaah sebelum memulakan himpunan secara rasmi bermula jam 2 petang ini.

Ruang dalam Masjid Jamek yang terhad memaksa ribuan peserta lain menunaikan solat di kawasan terbuka.

Di Dataran Merdeka dan di hadapan Sogo, suasana bertukar hening apabila puluhan ribu peserta tolak ICERD menunaikan solat Zuhur secara berjemaah.

Dalam keadaan panas terik matahari, peserta turut mengadakan solat hajat. – SuaraTV

3 thoughts on “Peserta Himpunan Tolak ICERD Solat Zohor Berjemaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.