Peserta Himpunan ICERD Mula Membanjiri Ibu Kota

KUALA LUMPUR – Meskipun himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sepatutnya bermula 2 petang nanti, namun ibu kota telah mula dibanjiri dengan ratusan pesertanya.

Selain PAS dan UMNO yang akan turun padang beberapa NGO Islam juga dilaporkan akan mengambil kesempatan untuk bersama-sama menyampaikan suara betapa rakyat tidak mahu kerajaan bertindak meratifikasikan ICERD.

Terkini kelihatan para pesilat mula berarak ke Istana Negara untuk berkumpul sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Peserta himpunan rata-rata memakai baju t-Shirt berwarna putih dengan tertera “Tolak ICERRD”, bantah ICERD.

Sebelum ke destinasi utama peserta himpunan akan berkumpul di beberapa lokasi iaitju pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Mereka membaca selawat ke atas jungjungan Nabi Muhammad SAW. Ketua Setiausaha Himpunan Ummah menggesa peserta membaca selawat dan tidak melaungkan slogan yang provokatif.-SuaraTv

Lanjut Menyusul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.