Peserta Himpunan Daulat 812 Tolak ICERD Mula Berkumpul

KUALA LUMPUR — Sekurang-kurangnya 2,000 penyokong himpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sudah mula berkumpul di sekitar pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Berbaju putih, penyokong dilihat hadir seawal jam 6 pagi tadi dan dijangka berarak ke Dataran Merdeka pukul 2 petang.

Setakat pukul 10 pagi tadi, kumpulan itu memulakan ucapan dan membacakan doa menggunakan pembesar suara, sambil diperhatikan polis dan pasukan keselamatan.

Protes aman yang asalnya mahu membantah ICERD kini dijadikan himpunan ‘kesyukuran’ selepas Putrajaya membuat keputusan membatalkannya.

Himpunan dianjurkan Umno, PAS, gabungan kumpulan Ummah dan Sekretariat Kedaulatan Negara (Daulat) dengan sasaran 500,000 turun menyokong. – MalayMail

One thought on “Peserta Himpunan Daulat 812 Tolak ICERD Mula Berkumpul

  • December 8, 2018 at 5:14 pm
    Permalink

    Buang masa je korang??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.