Pembatalan AIM Tidak Wajar – Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR – Hasrat Kerajaan PH membatalkan sijil Pemerbadanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah tidak wajar kerana akan memberi kesan kepada wanita khususnya golongan usahawan wanita mikro kurang berkemampuan.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, sekiranya yang bermasalah adalah penubuhan anak syarikat, sepatutnya jalan penyelesaian menerusi perbincangan perlu dilakukan bukannya dengan mengambil jalan mudah untuk menutup AIM ini yang jelas telah membantu rakyat memerlukan.

Wanita Umno kesal dengan hasrat kerajaan yang mahu membubarkan AIM sedangkan skim kredit mikro agensi ini disifatkan sebagai pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan kerajaan.

“Sejak diwujudkan pada 1987, AIM yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lahir dengan niat murni telah berjaya membantu menangani isu isi rumah termiskin khususnya di kalangan wanita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, selama penubuhannya, AIM berjaya meninggalkan legasi yang cukup bermakna buat hampir 377,000 orang wanita yang telah bernaung di bawah badan tersebut melalui saluran pinjaman mikro hingga berjaya mengubah taraf kehidupan masing-masing.

“AIM telah merekodkan kadar bayaran balik membanggakan apabila lebih 98.26 peratus daripada lebih kurang 377,000 peminjam melunaskan pinjaman sejak skim pembiayaan kredit mikro itu diperkenalkan 31 tahun lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, AIM mengeluarkan pinjaman keseluruhan berjumlah RM20.23 bilion kepada kumpulan sasar sejak skim itu dimulakan pada 1987 hingga Jun 2018.

“Dari segi pembayaran balik, kita berada pada tahap baik iaitu kira-kira 98.26 peratus, sekali gus menunjukkan peminjam yang mana majoritinya adalah wanita komited membuat bayaran mengikut jadual,” katanya. – SINAR HARIAN

 

One thought on “Pembatalan AIM Tidak Wajar – Ketua Wanita UMNO

  • December 8, 2018 at 5:19 pm
    Permalink

    Dulu parti kau kayaraya sangat?? PH belum lagi kaya!! Ap sal kepuh bawang ha??
    Parti korup da bungkus?? PH ada budget nanti ada lah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.