Najib Bersama Peserta Himpunan Tolak ICERD Lafaz Ikrar

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama ratusan peserta perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) melafazkan ikrar wala sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Terdahulu, beliau yang mengenakan baju Melayu merah jambu menunaikan solat Zohor dan sunat hajat di Surau Ar Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Antara lain, ikrar itu bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, hidup dan mati kerana Allah dan Rasul.

Solat hajat berkenaan bagi memohon keselamatan peserta himpunan agar berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan dan masalah.

Turut kelihatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahril Abdul Samad.

Beliau kemudian bersama peserta bergerak ke LRT PWTC bagi menaiki tren untuk ke stesen Masjid Jamek.

Najib dijangka disambut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkumpul di Masjid Negara.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan di perhimpunan itu dan berkongsi pentas dengan pemimpin PAS termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – BH

Lain-Lain Berita Menarik;-

Peserta Himpunan Tolak ICERD Solat Zohor Berjemaah

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

2 thoughts on “Najib Bersama Peserta Himpunan Tolak ICERD Lafaz Ikrar

  • December 8, 2018 at 4:56 pm
    Permalink

    Buang masa je?? Tk jadi apa pun?? otak kosong??

    Reply
  • December 8, 2018 at 5:22 pm
    Permalink

    Dah tkde kerja ke?? Mcm bagus sangat?, tnggu je hukuman kau lagi baik!! Mual muak muntah tgk??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.