Kawasan Sekitar Masjid Jamek Dipenuhi Peserta Himpunan Tolak ICERD

KUALA LUMPUR – Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan utama sebahagian besar peserta perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, di sini.

Sehingga jam 12.30 tengah hari tadi dianggarkan kira-kira 10,000 orang mula memenuhi kawasan ini terutama di bawah stesen LRT Masjid Jamek.

Mereka dilihat datang dari pelbagai arah terutama dari arah Jalan Lebuh Ampang, Pudu Raya, Pasar Seni dan Masjid India, sejak jam 10 pagi tadi.

Lain-Lain Berita Menarik;-

Peserta Himpunan Tolak ICERD Solat Zohor Berjemaah

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

Berdasarkan tinjauan situasi di sini, peserta menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dengan diiringi alunan gendang selain sebahagian lagi menunggu waktu solat Zohor sebelum bergerak ke hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, di Jalan Raja, menjelang jam 2 petang.

Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, laluan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Ampang menuju ke hadapan Masjid Jamek ditutup sekali gus membolehkan peserta membanjiri kedua-dua arah laluan di sini.

Selain kawalan oleh pihak polis, turut kelihatan di kawasan ini adalah wakil penganjur, pasukan perubatan bersama ambulans dan anggota Rela. – BH

Berita Berkaitan;-

Video: Demi Kepentingan Islam, Pakcik Ini Berbasikal Dari Perak Ke Himpunan Bantah ICERD Di KL

Siti Kassim Tewas, 8 Calon Anti ICERD Menang Jawatankuasa Majlis Peguam

ICERD Akan Merugikan Melayu dan Bumiputera – Bekas Ketua Hakim Negara

Cetek Pengetahuan Sejarah & Perlembagaan, Punca Pemimpin PH Mahu Laksana ICERD – Dr Teo Kok Seong

One thought on “Kawasan Sekitar Masjid Jamek Dipenuhi Peserta Himpunan Tolak ICERD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.