ICERD Mampu Ancam Bumiputera, Kata Zahid

KUALA LUMPUR: Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan sahaja mengancam nasib masyarakat Melayu, tetapi juga pribumi di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak perlu bersama-sama dengan masyarakat Melayu membantah usaha pihak tertentu untuk meratifikasi ICERD.

“Bantahan ICERD bukan isu politik, sebaliknya kesan jangka panjang kepada Islam, Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.

“Jadi kita mengingatkan kerajaan yang ada hari ini supaya mengambil kira bantahan seramai 500,000 umat Islam di Dataran Merdeka ini.

“Jangan main-main dengan kita (umat Islam). Bantahan hari ini adalah permulaan kepada kebangkitan kita,” katanya berucap pada Himpunan Penolakan Ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Dalam pada itu Ahmad Zahid, berkata UMNO akan meneruskan kerjasama dengan PAS berhubung isu membabitkan Islam.

“UMNO dan PAS akan terus bekerjasama jika ada isu babitkan Islam dan Melayu,” katanya. – BERITA HARIAN

One thought on “ICERD Mampu Ancam Bumiputera, Kata Zahid

  • December 8, 2018 at 11:05 pm
    Permalink

    Icerd mampu ancam bumiputra?? Skandal2 dulu 1mdb.nfc.th.felda.felcra.panel solar rasuah ribu juta mampu ancam apa ya?? Jwblah?? Ckp sapa pun bolih tk perlu pandai cerdik atau bengap?? Sapa dulu kawal pati?? Permit sapa manopoli?? Jwblah??
    Kepuh kecuh bawang lebih?? Wayang lebih??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.