Hari Ini Jadi Saksi Umat Islam Bersatu Pertahan Hak – Peserta

KUALA LUMPUR – Orang ramai berkumpul di Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan aman #DaulatHimpunan812 sebagai bantahan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hari ini.

Salah seorang peserta, Nizam Sani, 38, berkata himpunan itu sebagai tanda protes kepada mereka yang cuba untuk mengubah perlembagaan negara.

“Hari ini satu Malaysian akan lihat umat Islam bersatu untuk mempertahankan agama Islam dan hak orang Melayu.

“Selama ini kita hidup dalam keadaan aman dan damai kini ada pihak cuba untuk membangkitkan kemarahan umat Islam,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Berita Berkaitan;-

Video: Demi Kepentingan Islam, Pakcik Ini Berbasikal Dari Perak Ke Himpunan Bantah ICERD Di KL

Siti Kassim Tewas, 8 Calon Anti ICERD Menang Jawatankuasa Majlis Peguam

ICERD Akan Merugikan Melayu dan Bumiputera – Bekas Ketua Hakim Negara

Cetek Pengetahuan Sejarah & Perlembagaan, Punca Pemimpin PH Mahu Laksana ICERD – Dr Teo Kok Seong

Perjalanan yang jauh jelas tidak mematahkan semangat seorang suri rumah untuk turut hadir dalam himpunan aman pada petang ini.

Rabiah Kasim, 50, berkata, sokongan dari orang ramai perlu terus diberikan agar hak orang Islam terus terbela di negara ini.

“Siapa lagi nak sokong kalau bukan kita sebagai rakyat beragama Islam di sini.

“Kita tidak usik hak-hak kaum lain jadi tidak perlulah jadikan hak orang Melayu sebagai satu isu,” ujarnya. – UTUSAN

Lain-Lain Berita Menarik;-

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.