Ellie Suriati, Diva AA Turut Turun Himpunan Ummah

KUALA LUMPUR – Status selebriti nyata tidak menjadi penghalang bagi pelakon dan pengarah, Ellie Suriati Omar untuk turut serta bersama-sama puluhan ribu yang lain di Himpunan Ummah di Dataran Merdeka, hari ini.

Pelakon itu dilihat mengenakan kebaya putih, dengan ditemani beberapa peserta wanita yang lain yang turut berpakaian serupa.

Ellie mengetuai perarakan di hadapan kompleks membeli belah Sogo bersama beberapa pemimpin Wanita UMNO bagi meraikan kesyukuran ekoran keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Sambil berarak, mereka menyanyikan lagu ‘Ayuh Melayu, hari ini kita sudah menang’.

Selain Ellie, turut kelihatan juga selebriti kontroversi, Azwan Ali.

Berpakaian t-shirt putih dan memakai lilit kepala bertulis ‘Bantah ICERD’, Azwan menyertai orang ramai berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.

Azwan merupakan adik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Himpunan Ummah itu dijangka disertai puluhan ribu peserta dari seluruh negara.

Para peserta berkumpul di beberapa lokasi untuk menunaikan solat Zohor sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Antara lokasi yang menjadi tempat perkumpulan adalah Stesen LRT Masjid Jamek, Masjid Negara, PWTC dan Kompleks Membeli Belah Sogo. -SuaraTv 

One thought on “Ellie Suriati, Diva AA Turut Turun Himpunan Ummah

  • December 8, 2018 at 5:17 pm
    Permalink

    Bawang lebih?? Kepuh?? Buang masa korang je?,,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.