Anak Muda Mesti Bangkit, Jangan Ditipu Lagi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menggesa agar anak muda bangkit menentang kerajaan Pakatan Hadapan (PH) yang dilihat gagal menjaga hak keistimewaan kaum Melayu.

Menurut beliau, biarpun ICERD sudah ditangguhkan namun cubaan itu tidak seharusnya dilupakan kerana ini boleh mengganggu gugat kemerdekaan yang dikecapi selama 61 tahun.

“Kita berhimpun kerana kemerdekaan kita hendak dicabul.

“Mereka hendak kita terima ICERD dan terima syarat bagaimana rakyat nak hidup di negara ini.

“Pemuda harapan bangsa bangkit dan jangan ditipu lagi. Mereka mesti bangun dan pastikan hak orang Melayu dikembalikan,” katanya di Dataran merdeka.

Dianggarkan lebih 500,000 peserta Himpunan Ummah berada di Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan ICERD.

Tajuddin juga berkata kaum lain di negara ini tidak boleh mempersoalkan mengenal hak dan keistimewaan kaum Melayu kerana hak dan kebebasan kaum lain tidak pernah disentuh di sepanjang kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Kita tidak boleh sabar lagi. Perhimpunan ini bukan yang terakhir. Sekiranya kerajaan tidak tunaikan tuntutan kita akan buat himpunan lagi besar di masa akan datang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Lain-Lain Berita Menarik;-

Peserta Himpunan Tolak ICERD Solat Zohor Berjemaah

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.