Tertekan Didesak Bernikah Oleh Keluarga, Wanita Ini Sanggup Bayar Lelaki Untuk Kahwin Kontrak

Bukanlah mudah untuk menjadi isteri selepas berkahwin.  Oleh kerana faktor usia terlalu muda atau belum puas menikmati masa remaja sebahagian wanita memilih untuk melewatkan perkahwinan mereka.

Namun disebabkan tekanan ramai yang terpaksa juga berkahwin dan keadaan ini berlaku kepada seorang gadis.

Gadis ini tiba-tiba viral lantaran entrinya di media sosial yang mencari lelaki untuk kahwin kontrak.

Wanita ini sanggup membayar sejumlah wang asalkan ada lelaki sesuai dengan kriterianya.

Frustasi Didesak Menikah oleh Keluarga, Wanita Ini Bayar Pria

Postingan wanita ini kemudian mendapat kecaman dari netizen. Ramai yang menuduh wanita ini telah hamil terlebih dahulu sehingga sanggup membayar lelaki untuk menjadi  suaminya.

Ada juga netizen yang mengingatkan gadis ini dari sisi agama yang melarang kahwin kontrak.

Kawin Kontrak

Gadis yang berusia 22 tahun itu akhirnya membuat rakaman Facebook Live untuk menjelaskan statusnya.

“Saya tertekan kerana keluarga saya meminta saya untuk berkahwin tidak lama lagi. Sebab itulah saya membuat status demikian untuk mencari calon suami idaman .

“Saya mahu kelihatan cantik dan tidak gemuk.  Benar saya yang mengeluarkan status Facebook yang saya tidak mahu mengemas dan memasak selepas berkahwin”

“Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suamiku nantinya.”

“Bagaimana pun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak ambil peduli,” terang gadis ini yang dipercayai tinggal di Sungai Petani, Kedah.

Wanita ini juga mendakwa terdapat ramai lelaki yang menyatakan kesanggupan menjadi suaminya melalui mesej peribadi.

“Suka hati saya mahu berbuat apa kerana ini bukanlah satu jenayah.  Saya yang mahu kawin, mestilah nak cari suami yang elok” katanya.

Wanita ini juga meminta netizen tidak menyebarkan statusnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.