Terjumpa Tompok Merah di Tubuh,Ingatkan Alergi, Tapi Faktanya Lebih Mengerikan!

Satu penyakit aneh yang dialami  wanita bernama Mikaella Pablo yang berasal dari Filipina ini  telah menjadi viral di media sosial.

Baru-baru ini kisah penyakit yang dideritanya menjadi bualan netizen.

Melalui akaun Facebooknya, Mikaella menceritakan kronologi keadaan  yang dialaminya. Wanita ini pada mulanya mengaku tidak ada yang mengetahui keadaannya.

Tapi, akhirnya dia memberanikan diri untuk mendedahkan apa yang sedang dia alami.

Kejadian ini bermula ketika Mikaella menjumpai bintik merah berbentuk oval.

Bercak merah oval di tubuh Mikaella

Pada mulanya Mikaella fikir bintik merah itu muncul kerana alahan namun  lama-kelamaan, keadaannya semakin aneh.

Banyak bintik merah yang muncul di seluruh tubuhnya terutama di kaki, perut, tangan, leher dan wajahnya.

Kondisi tubuh Mikaella

Setelah melakukan pemeriksaan, Mikaella mengetahui bahawa dia mengidap pityriasis rosea. Menurut Menurut doktor, pityriasis rosea adalah keadaan  di mana kulit tubuh seperti ruam, berwarna merah muda atau merah.

Biasanya ia  berbentuk seperti bekas luka atau benjolan merah menyerupai tampalan. Keadaan ini menjadikan Mikaella mengalami kemurungan selama 2 bulan.

Penyakit kulit ini juga membuatkannya susah untuk tidur.

Dalam beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, ia juga menunjukkan seluruh tubuh Mikaella dilitupi tompok bewarna  merah.

Pityriasis rosea biasa terjadi tanpa sebab yang pasti.  Namun Mikaella mengaku bahawa dia mengalami keadaan ini gara-gara terlalu kuat bekerja dan terlalu sibuk.

Dia juga selalu  pulang lewat malam dan tidak ada  waktu tidur dan makan yang cukup.  Kebiasaan ini membuatkan sistem imunnya menurun.

Meskipun tidak berjangkit, penyakit ini tidak boleh sembuh hanya dengan minum ubat. Perkara yang Mikaella perlukan hanyalah kesabaran.

Kebiasaannya pityriasis rosea akan sembuh sendiri dalam waktu 12 minggu. Selama ini dia menggunakan losyen, minum ubat dan vitamin untuk mengurangi rasa sakit dan menjaga keadaan tubuhnya.

Obat yang dikonsumsi Mikaella

Walaupun sedang mengalami keadaan ini namun Mikaella berharap dia boleh sembuh sepenuhnya. Keluarganya juga sudah melakukan bermacam cara untuk  menyembuhkan penyakitnya itu.

Kini Mikaella masih melakukan ujian kesihatan di hospital.

Mikaella dirawat di rumah sakit

Diaa mengingatkan orang ramai supaya tidur dengan cukup dan makan vitamin untuk menjaga daya tahan tubuh.

Mikaella juga mengingatkan  untuk segera melakukan pemeriksaan kepada doktor jika mula merasa tak shat.

Muat turunnya ini menjadi viral dan sudah dikongsi lebih dari 37 ribu kali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.