Gempa Aceh, Malaysia Kongsi Kesedihan – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.

 

 

Najib menerusi catatan di laman Twitternya menulis “Takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia berkongsi perasaan sedih Indonesia”.

 

 

Tambahnya, Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia.

 

 
“Dan sedia hulur sebarang bantuan yang perlu,”ujarnya.

 

 

Terdahulu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia mengesahkan 52 orang maut setakat ini dalam gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter yang melanda daerah Pidie Jaya, wilayah Aceh, pagi tadi.

 
Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.