48 Terbunuh Nahas Pesawat Pakistan

SADDHA BATOLNI – Semua 48 mangsa yang menaiki pesawat Pakistan yang terhempas pada Rabu terbunuh, sekaligus menjadikan ia salah satu daripada nahas penerbangan terburuk dalam sejarah negara itu.

 

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) PK661 terhempas selepas salah satu daripada enjin turbopropnya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan dari bandar Chitral ke Islamabad.

 

Pasukan penyelamat, termasuk ratusan penduduk kampung berusaha membawa keluar mayat dari bangkai pesawat, yang ditemui beberapa ratus meter dari daerah Abbottavad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

 

Menurut seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, sebahagian pesawat masih lagi terbakar selama lebih lima jam selepas terhempas.

 

Sementara itu, pasukan penyelamat mengumpulkan mayat dan meletakkan kesemuanya di dalam beg sebelum dibawa ke Islamabad untuk proses pengecaman. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.