Video: Gaduh Di Jalan Raya, Pemuda Melayu Dibelasah Sekumpulan Pemuda Cina

KUALA LUMPUR – Video seorang budak lelaki melayu dipukul oleh sekumpulan pemuda berbangsa Cina telah menjadi viral di laman sosial.

 

Video yang berdurasi 55 saat itu telah dirakam dari dalam kereta oleh individu yang berada dilokasi kejadian.

 

Insiden dikatakan berlaku di Ampang Point ini dipercayai berpunca dari salah faham akibat kemalangan.

 

Beberapa komen pro kontra telah dimuat naik oleh pelayar internet mengulas insiden pergaduhan berkenaan di laman facebook PerakToday.

 

“Yang baju hijau Melayu kan? Kenapa macam Cina tu tak dapat makan Melayu tu, seorang je pun hahha… Dah jangan la bergaduh … Cintakan lah keamanan,” ulas Shahrul Razaq.

 

“Tak kira apa agama atau bangsa kalau nk jahat2 juga.biasa dh dengar benda-benda cam ni.melayu pukul melayu pun selalu belaku. jangan kerana segelintir nk babit kan semua.

 

“Gua pernah gaduh bangsa lain yg tolong. Bukan niat nk membela bangsa lain tapi kita kena bersikat adil.tngok dulu siapa yg salah baru menilai,” kata Mohd Ridzail Khalid pula dalam komennya.

 

Sementara itu seorang individu, Muhammad Aiman Abdul Halim yang turut memuat naik komennya meminta pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut.

 

“Kita tidak boleh mudah menuding jari dan menyalahkan satu-satu pihak. Harap pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian ini hingga ke akar umbi,” ujarnya. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.