Perjumpaan Muhyiddin Hambar, Tidak Dapat Sambutan – Noh Omar

Kuala Lumpur – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan perjumpaan khas yang diadakan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai hambar kerana tidak mendapat sambutan.

 

“Dia pun buat perkara yang luar biasa, sebab jarang ada dua perhimpunan dalam perhimpunan Umno.

 

“Tapi apa yang saya lihat program tersebut hambar dan tak dapat sambutan seperti yang diharapkan” katanya ketika ditemui SuaraTV petang tadi.

 

Menurut Noh lagi isu yang dibangkitkan oleh Muhyiddin semalam adalah merupakan isu lama yang diulang semula.

 

Saya tengok tak ada isu baru hanya isu lama, sebagai contoh dia bangkitkan isu 1MDB kerana kalau kita dengar penerangan Arul Kanda sudah cukup jelas kemana perginya RM42 billion yang dibangkitkan.

 

Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak berehat adalah keterlaluan.

 

Tegas beliau, pihaknya akan meneliti butiran ucapan Tan Sri Muhyiddin pada satu perhimpunan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, di ibu negara malam tadi.

 

Perkara itu kemudiannya akan dipanjangkan pada mesyuarat jawatankuasa khas dan laporannya diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO untuk tindakan sewajarnya.

 

Datuk Seri Tengku Adnan ditemui selepas meninjau proses pendaftaran sayap parti dan melawat Laman Media sempena PAU 2015.

 

Dalam ucapan malam tadi, Timbalan Presiden UMNO itu mendesak Datuk Seri Najib berehat sementara menunggu siasatan berhubung 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.