Pemuda UMNO Kecewa Dengan Muhyiddin – Jamawi

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk memburuk-burukkan parti dan Datuk Seri N ajib Tun Abdul Razak.

 

Beliau ketika ditemui di perkarangan PWTC sebentar tadi berkata perhimpunan tersebut tidak sepatutnya diadakan.

 

Jamawi ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara tersebut turut melahirkan rasa kecewa sambil menyifatkan perpaduan dalam UMNO lebih penting.

 

“Saya berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku. Bagi saya, kita tidak perlu ada dua perhimpunan. Kalau ada masalah keperibadian dengan presiden ataupun dengan bos kita, selesaikan dengan cara cukup baik dan molek.

 

“Kita tidak seharusnya membawa pengikut dalam satu gelombang arus kemarahan yang mungkin gagal dikawal,” katanya lagi.

 

Menurutnya lagi, tanggungjawab parti seperti diibaratkan sebagai mengemudi sebuah kapal. Nakhoda hanya ada satu, kapal hanya perlu ada seorang nakhoda kalau kapal itu ada dua nakhoda, kapal kita tidak boleh belayar.

 

“Kapal tersebut yang mungkin akan mengakibatkan berlakunya kebocoran dan sebagainya dan apabila berlaku kebocoran, kapal tenggelam semua ahli yang ada dalam kapal itu akan tenggelam.

 

“Saya rasa kecewa dan rasa ia tidak perlu dijadikan contoh kepada kami pemimpin generasi muda,”katanya.

 

Ditanya apakah nasihatnya kepada Muhyiddin, katanya, beliau bukanlah orang yang tidak layak menasihatkan, tetapi sebagai pemimpin muda, beliau mengharapkan pucuk pimpinan memberikan contoh terbaik kepada sayap.

 

“Saya anggap itu bukan satu contoh yang baik untuk kami teladani,”Akhirinya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.