Man United Tiada Pilihan Selain Menang

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal tidak memberi pilihan lain kepada anak didiknya selain mencipta kemenangan ketika menentang Wolfsburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu.

 

Jurulatih kelahiran Belanda itu mengakui pemain United tidak lagi mempunyai pilihan selain menang bagi memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati.

 

Dalam saingan kumpulan B itu juga, pemain United dikerah supaya mendapatkan gol selepas mereka mereka mengalami kemarau jaringan sejak kebelakangan ini.

 

“Kamu mungkin tidak tahu, tetapi saya sebagai jurulatih berpengalaman yakin pemain akan mendapat jaringan.

 

“Bila kamu mula mencipta peluang kamu juga mampu menyudahkannya. Saya percaya pemain mampu membuktikan diri mereka,” jelasnya.

 

Dalam perlawanan itu, United dijangka kehilangan Wayne Rooney yang masih dibelenggu kecederaan. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.