‘Low Yat 2′ Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pusat IT Mara, yang beroperasi seumpama Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dibuka secara rasmi kepada pelanggan hari ini.

 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pusat itu diduduki seramai 38 peruncit Bumiputera dengan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam jualan dan borong alat telekomunikasi.

 

Katanya, walaupun peruncit dimiliki sepenuhnya Bumiputera, beliau berharap pelanggan dari semua kaum akan membeli-belah di pusat tersebut.

 

Malah katanya, peruncit juga dikecualikan membayar sewa sehingga enam bulan sebagai permulaan perniagaan mereka. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.