1,453 Petugas Media Tumpu Persidangan Agung Umno 2015

KUALA LUMPUR – Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi lokasi tetap Perhimpunan Agung Umno 2015 menjadi tumpuan 1,453 petugas media selama lima hari bermula hari ini.

 

Jumlah itu merangkumi 60 agensi media cetak dan elektronik termasuk media baharu seperti blogger dan portal berita.

 

Kali ini Umno turut meluluskan permohonan daripada 10 agensi berita antarabangsa untuk membuat liputan.

 

Kesemua media ditempatkan di Laman Media aras 2, PWTC bagi memudahkan petugas-petugas media memproses dan menghantar berita.

 

Sementara 5,732 orang perwakilan akan turut serta dalam persidangan kali ini termasuk perwakilan daripada sayap-sayap parti.

 

Seramai 85 delegasi mewakili 22 parti dari 15 buah negara di peringkat antarabangsa telah mengesahkan kehadiran mereka ke perhimpunan kali ini.

 

Sebelum ini Umno cuba untuk mengadakan persidangan secara tertutup namun mendapat tentangan ramai.

 

Setelah menerima pelbagai desakan, parti itu kembali membuka ruang kepada media untuk terus membuat liputan namun dengan syarat-syarat tertentu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.