Piala AFF: Penyokong gaduh cemar perlawanan Malaysia-Vietnam

SHAH ALAM: Aksi separuh akhir pertama, Piala AFF Suzuki 2014, malam tadi sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang bergaduh.

Insiden kecil itu berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-85, di mana Harimau Malaya waktu itu sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam.

Ternyata pergaduhan itu pada awalnya sukar dilerai polis yang bertugas di kawasan di mana insiden berkenaan berlaku, memaksa ia berlarutan sehingga tamat aksi 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan.

gaduh2.transformed

Bahkan tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya melemparkan botol air ke arah penyokong Vietnam menambah lagi ketegangan kedua-dua penyokong.

Menurut saksi yang juga pengawal keselamatan stadium terbabit, insiden pergaduhan itu berlaku dikatakan bermula daripada pertengkaran mulut oleh segelintir penyokong kedua-dua pasukan.

“Ada beberapa penyokong (Vietnam) yang cedera di badan dan kepala selepas dipercayai terkena benda tumpul seperti botol air yang dibaling dari arah atas dan tepi, tapi jumlahnya kita tidak tahu,” katanya.

Berdasarkan tinjauan di lokasi kejadian juga, tiada benteng penahan kukuh seperti pagar besi yang memisahkan jarak kedua-dua penyokong dipasang di tempat berkenaan, sebaliknya hanya sekadar kawalan oleh pihak keselamatan stadium dan polis. -BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.