Naib Ketua Wanita PKR Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Shah Alam – Oktober lalu, Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha dipetik oleh akhbar parti itu sebagai menuduh kerajaan memotong subsidi rakyat untuk disalurkan kepada Program Permata Negara.

Laporan itu mendakwa Belanjawan 2015 memperuntukkan RM711 juta kepada Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Suara Keadilan memetik Haniza sebagai berkata tidak adil untuk memotong subsidi rakyat semata-mata untuk disalurkan kepada program (PERMATA) berkenaan.

“Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukkan itu dibelanjakan pada benda yang lebih berguna,” katanya kepada Suara Keadilan.

Hari ini PKR membidas kerajaan kerana tindakan polis menyoal siasat Haniza di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, N. Surendran mendakwa langkah menyoal Haniza jelas menunjukkan Akta Hasutan dikekalkan untuk menindas pembangkang.

Namun beliau tidak mengupas kenyataan yang dibuat Haniza kepada Suara Keadilan yang menyentuh kredibiliti Rosmah, Perdana Menteri serta kerajaan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini menjelaskan peruntukan RM711 juta bukan untuk PERMATA sahaja.

Ia merangkumi belanjawan untuk pembangunan pra-persekolahan yang melibatkan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan dan PERMATA.
Beliau berkata PERMATA menduduki tempat keempat dalam pengagihan belanjawan itu.

PERMATA ditubuhkan bagi menjadi institusi terulung dalam mempelopori keperluan pelajar pintar dan berbakat dalam bentuk generasi bitara bangsa yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.