Ketua Pembangkang Selangor Tolak Jawatan PAC, Letak Jawatan Serta Merta

Shah Alam – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Menurut Shamsudin keputusan itu dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

“Keputusan ini adalah keputusan peribadi saya yang menolak jawatan sebagai Pengerusi PAC Selangor yang menetapkan Ketua Pembangkang sebagai pengerusi.

“Saya sudah maklumkan keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Selangor dan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada wakil pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini,” katanya.

Shamsudin juga memulangkan semua kemudahan yang diterima sebagai ketua pembangkang termasuk sebuah kereta jenis Toyota Camry yang diberikan oleh kerajaan negeri kepadanya.

Dalam sidang media yang sama, beliau mencabar Menteri Besar Selangor memecat Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim

“Saya cabar MB pecat penasihat ekonomi atas prinsip integriti,” katanya dalam sidang media di Lobi DUN Selangor pagi ini.

Pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.